Friday, October 4, 2013

Tips agar bisa Sholat dengan khusuk

Assalamu'alikum wr.wb.
Waktu di pagi hari ini saya manfaatkan untuk share dan berbagi, kali ini saya akan membagikan tentang tips agar bisa Sholat dengan khusuk. Sholat adalah kewajiban bagi setiap muslim, maka dari itu sebagai muslim kita berusaha untuk sholat dengan khusuk. Semoga uraian di bawah ini bisa bermanfaat bagi saya pribadi dan bagi pembaca sekalian.



1. Sebelum mendirikan sholat
.
i)  Menjaga makanan, minuman dan pemakaian.
Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada segumpal daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rusak rusaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.”  (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
ii)  Membersihkan diri dan beriwak(gosok gigi).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia niscaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sholat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

iii)  Wudhu yang sempurna
Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan wudhu.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan sholat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu setelah selesai sholat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhu mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhunya.”  (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhu itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhu yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
.
iv)  Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Jangan memakai pakaian yang kurang longgar, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
Di tegah bersholat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain karena ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjamaah.
.
v)  Jangan solat dalam keadaan lapar.
Sebaiknya selesaikan  segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidaknyamanan ketika menunaikan sholat.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan sholat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan sholat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vi)  Jangan sholat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “…dan jangan sholat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vii)  Pilih tempat sholat yang menenangkan

Pilih tempat sholat yang suasananya tenteram, nyaman, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan hp dimatikan sebelum solat.
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan sholat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan sholat seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma: “Bahwa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam melarang mendirikan sholat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.” 
 (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
iix)  Gunakan Sajadah Tidak Mengganggu
Menggunakan sajadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Saidatuna ‘Aisyah RadhiAllahu ‘anha bahawa Nabi ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah mendirikan sholat di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda: “Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.” (Hadits riwayat Muslim)
.
ix)  Pastikan tiada gangguan
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah RadhiAllahu ‘anhu: “Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang sholat.”  (Hadits riwayat Abu Daud)
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhawatirkan melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat.
Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat sholatnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
.
x)  Sholat Di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak tergesa - gesa ketika waktu hampir habis.
.
.
2. Ketika hendak melakukan sholat
.
i)  Azan dan iqamah
Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat saja.
ii)  Lakukan Sholat Secara Berjamaah
Berusahalah melakukan sholat secara berjamaah karena adalah suatu tuntutan dan syi‘ar agama Islam. Selain pahala solat berjamaah itu melebihi sholat seorang diri dengan dua puluh tujuh derajat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang sholat berjamaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersholat dan terselamat daripada perkara yang bisa melalaikannya.
.
iii)  Menghadirkan Hati.
Maksudnya ialah sebelum mendirikan sholat kosongkan hati dari segala urusan yang bisa mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadah sholat yang dikerjakan.
Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan sholat supaya dia masuk ke dalam sholat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
.
iii)  Mengingat Mati
Agar pemikiran tidak liar, sebelum sholat ingatkan diri bahwa kematian seolah-olah sudah dekat dengan kita dan sholat tersebut kemungkinan merupakan sholat yang terakhir kali dalam hidup kita dan usahakan dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham RadhiAllahu ‘anhu bahwa ditanyakan kepadanya tentang sholatnya, beliau menjawab: “Apabila tiba waktu sholat aku menyempurnakan wudhu dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan sholat. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan sholatku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka sholat ini adalah sholatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu apakah sholatku diterima atau tidak?”
.
iv)  Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir sebaiknya membaca  dzikir yang bisa menjauhkan diri daripada syaitan.
Umpamanya seperti membaca:
a.)  Surah an-Nas
b.)  Ta‘awudz
c.)  Tahlil:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
d.)  Zikir:
امنا با الله و برسوله

 “Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
v)  Berusaha Melawan Gangguan Syaitan
Antara tipu daya syaitan ialah memalingkan perhatian ketika sholat. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan keikhlasan ibadah yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu bisa menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan sholat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.”  (Hadits riwayat Muslim)

3. Ketika menunaikan sholat
.
i)  Meneliti Dan Memahami Bacaan Sholat
Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika bisa, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam sholat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam sholat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini karena bacaan-bacaan dalam sholat mengandung banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
.
ii)  Merendahkan Diri
Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan waktu ketika rukuk dan sujud.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
iii)  Mengagungkan Allah SWT
Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sholat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) yaitu perasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
.
iv)  Menghindari Dari Memikirkan Hal Keduniaan
Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam sholat yaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang bisa mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan sholat.
.
v)  Tumpuan Penuh Pada Sholat
Segala perhatian dalam sholat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun sholat perlu dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih) sambil menyadari bahawa Allah SWT senantiasa memperhatikan sholat itu.
vi)  Mengurangkan Pergerakan Anggota Badan
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
.
vii)  Sentiasa Melihat Tempat Sujud
Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersholat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang sholat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
.
iix)  Lakukan Solat Dengan Thuma’ninah
‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi‘li’ (perbuatan) di dalam sholat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam waktu pada kadar bacaan zikir: “سبحان الله” (SubhanAllah).
Maknanya, setiap pergerakan di dalam sholat itu tidak dilakukan dengan terburu - buru, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan rileks.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam  mengajarkan kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda: “Apabila kamu berdiri menunaikan sholat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua sholat kamu.”  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekian yang dapat saya sampaikan tentang menghadirkan khusuk dalam sholat semoga bermanfaat.
Wassalamu'alikum wr. wb.

2 comments: